Di mana ada sahabat di situ ada kekuatan

Wednesday 22 July 2009 ·


Salam mesra buat sahabat2.. alahamdulillah..kurniaan ALLAH kepada diri ana sahabat2 seperjuangan buat ana dapat berdiri dengan kukuh lagi..Nabi ada berpesan " antara golongan yang mendapat naungan arays di hari akhirat, dua orang yang bersahabat, yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH". Ketika nabi kita turun dari Isra' Mi'raj, nabi memukul gendang memanggil umatnya, saat berkumpul sekalian kaum, nabi bertanya, kalau di seberang sana ada sepasukan tentera hendak menyerang Mekah, adakah kamu percaya? "ya! kami percaya! kamu Al-Amin( org yg dipercayai) sudah pastilah kami percaya! . Kemudian nabi bertanya lagi dengan menyatakan hajat dikumpulkan sekalian pada hari ini, demi semata-mata meminta kamu mengesakan Allah. Menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, Muhammad pesuruh Allah. Baru sebentar tadi aku diisra'kan ke baitul Maqdis menyaksikan kekuasaan Allah, adakah kamu percaya? maka senyap sunyi la semua orang , dan bermacam kata-kata kesat mencerca nabi, "adakah tujuan ini kamu mengumpulkan kami"?, terdengar suara2 sumbang mengejek nabi. Abu Thalib sudah tiada untuk menyokong, isteri tersayang pula berlalau pergi meninggalkan nabi keseorangan. Nabi tiada lagi orang yang dapat menyokong dan mempercayainya. Nabi merasa sedih. Tatkala tiada seorang yang berani membenarkan nabi, terdengar satu suara " aku percayakan Muhammad!" . Itulah dia saidina Abu Bakar As-siddiq (yang benar). Gelaran itu diberi kepadanya kerana dialah orang pertama yang 'membenarkan' dan mempercayai nabi. Dia sahabat pertama nabi yang menjadi sahabat seperjuangannya. Tatkala nabi hijrah ke Madinah, Abu Bakar lah yang menjadi teman seperjalanannya.Tatkala di gua thur, ketika sedang tidur, ada seekor ular keluar dari lubang ingin mematuk nabi,lantas Abu Bakar meletakkan tangannya pada lubang tersebut, menahan ular daripada keluar, aduh...peritnya Abu Bakar menahan patukan ular tersebut, sehingga meleleh airmatanya, tapi Abu Bakar tidak bersuara samabil mengetapkan giginya,kerana tidak mahu mengganggu nabi yang sedang tidur.Allah...indahnya bersahabat... Tatkala berlaku peperangan, Abu Bakar lah yang sentiasa berada di sisinya.Tatkala nabi sakit tenat, dialah yang ganti jadi Imam sembahyang. Dia lah sahabat yang sentiasa berdamping dengannya. Itulah dia seorang sahabat. Terima kasih sahabat2. ku Allahu yubaarikum kulluh!

Buat teman
Aku berdiri kerana adanya kamu di sisi
aku ke KUDQI, bersama teman2 di sini
melangkah tenang penuh berani
bersama teman aku beranikan diri
membongkar perjalanan ilmu ilahi
sungguh indah bekelana di sini
seuntai kenangan ku jadikan pedoman diri
kamu semua akan ku rindui
sehingga kita bertemu di akhirat nanti
pesanan nabi kita ingati
"bertemu dan berpisah kerana ilahi!!!!!!"
sekian. hehe...

1 comments:

shidah_melati said...
7 October 2009 at 23:21  

Salam, boleh tahan gak puisi nya. :)
"kerana kau bernama teman aku masih mampu berdiri
dan terus berlari menongkah onak dan duri"

Post a Comment