"Ana bukan ahli PAS, ana ahli jemaah islam"

Monday 20 July 2009 ·

"ana bukan ahli PAS, ana ahli jemaah islam".

alhmadulillah,ni 'post' yan pertama dari ana, hehe...belajar-belajar la..

ok,Ana begitu tertarik kata-kata yang diucapkan oleh sahabat ana dari Universiti Putra Malaysia (UPM),Dah dua tahun kata-kata ni,tapi ana masih simpannya sebagai pedoman untuk ana. Ia berguna sekali.Baik, dia asalnya dari keluarga UMNO.ahli keluarganya masih kekal dengan UMNO, tapi dia tidak lagi.Dia sudah memilih jalannya sendiri seperti ayat yang dia ucapkan di awal tadi. Dia mula telibat dengan jemaah islam ketika menuntut di UPM. Dia ikut serta dalam Jemaah Kampus. Ketika Itu dia mula memahami secara mendalam tentang PAS. Lantas setelah dia benar-benar yakin dengan hala tuju perjuangan PAS, timbullah satu pemahaman yang begitu ‘Konkrit’ utuh dalam dada dia. Muncul rasa kagum dalam hati ana.Baiklah mengapa begitu sekali dia mengeluarkan kata-kata begitu?, bagi ana ada sedikit 'sensitif' kalau tidak diperhatikan. Mulanya ana terpikir hairan, mengapa sampai begitu sekali? Bukankah menjadi ahli PAS sudah dikira ahli jemaah islam? Jemaah yang disebut oleh nabi Muhammad? Ana tidak terus bankang. Ana Tanya dia. Katanya tak semua ahli PAS, ahli jemaah islam. PULAK! Huh… bertambah hairan ana dibuatnya… bukan ke kita sepatutnya ‘mengiktiraf’ orang turut sama dalam perjuangan PAS sekalipun hanya memasang bendera? Baik, ana x terus bankang, ana tanya lagi, ana lebih suka mendengar. Setelah panjang lebar kami berbincang barulah ana dapat rasa lega. Ana setuju. Ana dapat ilmu baru. “Ana bukan ahli PAS, Ana ahli jemaah islam”. “ Tak semua ahli PAS,ahli jemaah islam”.

Baik,ana tidak mahu terus menerangkan secara panjang lebar tentang perkara ini. Tapi bagaimana pendapat sahabat-sahabat? Rasanya setuju ke pendapat dia? Baik, ana beri kebebasan kepada sahabat-sahabat beri pendapat. Sekian.

2 comments:

pencari PDA(pahala di akhirat) said...
9 September 2009 at 00:41  

Asalamualaikum alangkah jumudnya pemikiran sebegitu...bagi ana, kita tidak perlu melabelkan org ni ahli jemaah, org ni pendokong jemaah, org ni ahli biasa, org ni JIM... sesiapa shja berjuang hatta dalam JIM,ABIM, PAS dan menolong Islam dia layak mendapat pahala dari Allah.. Baik sekadar ahli, penyokong, tukang undi semua ada saham..semua ada pahala masing2. berjuanglah atas apa platform sekalipun asalkan Islam yang menang. Islam bukan dengan PAS semata2... Semua yang membantu menyedarkan rakyat untuk menyokong Islam adalah baik, dan dapat pahala. Ana tidak mahu menyempitkan jemaah Islam itu hanya Pas bahkan ana yakin Pakatan rakyat adalah jemaah Islam kalau mereka membantu kemenangan Islam dan membuka ruang2 dakwah untuk Islam seperti di P.Pinang dan selangor.. Dulu perak jugak tapi dah tak jadi sebab dah kena rampas...

Alfie said...
26 December 2018 at 02:08  

unable to receive money in GDAX
Are you facing glitches and blocks in GDAX as you are unable to receive money? What could be the desirable reasons behind this error? To deal with your error and concurrently, receiving remedies and solutions, you can dial Gdax customer support number1800-665-6722 which is always there to manage you. The professionals are always at your service and pay abundant heed to the user’s queries. They have an overabundance of services and ways to overcome the error in the least time. https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

Post a Comment